Saturday 21 November 2015

Hasil el clasico real madrid vs barcelona 0-4

MADRID: Luis Suarez dan Neymar meneruskan rentak cemerlang di depan gawang ketika membantu Barcelona membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu, awal pagi tadi sekali gus mengukuhkan kedudukan kelab itu di puncak La Liga Sepanyol. Sekalipun tidak menyenaraikan bintangnya, Lionel Messi dalam kesebelasan utama, Barca jelas tetap sukar ditundukkan dengan gerakan pemain kelahiran Argentina yang dimasukkan selaku pemain simpanan itu turut cemerlang dan menjadi perancang kepada jaringan kedua Suarez dan keempat Barca. Suarez meletakkan Barca di depan seawal minit ke-10 permainan sebelum penyerang Brazil, Neymar menggandakan jaringan pelawat enam minit sebelum babak kedua berakhir. Jaringan itu menyaksikan Neymar dan Suarez sudah menjaringkan 19 gol dalam kempen La Liga Barca ketika ini. Andres Iniesta menambah gol ketiga buat Barca pada babak kedua sebelum gandingan Messi, Neymar dan Suarez menghasilkan jaringan keempat buat pelawat memberi kekalahan memalukan buat Real. Gol keempat itu dijaringkan Suarez pada minit ke-74. Sekalipun hanya mencatat dua kekalahan sepanjang 16 perlawanan yang dikendalikannya, kedudukan bos Real, Rafael Benitez kini tidak lagi selesa selepas peminat jelas tidak berpuas hati dengan keputusan yang diraih. Pertemuan di Bernabeu adalah aksi pertama Clasico membabitkan dua musuh tradisi itu. – AFP

No comments:

Post a Comment